

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara terletak di dalam kawasan Kompleks Pentadbiran Pejabat-Pejabat Kerajaan di Jalan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sebelum ini, Pusat Pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara beroperasi di bandar Butterworth sebelum berpindah ke Pusat Pentadbiran Daerah di Bertam, Kepala Batas mulai 7 Oktober 1996. Ia merupakan satu daripada lima (5) pentadbiran Daerah dalam negeri Pulau Pinang di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan diketuai oleh Pegawai Daerah.
VISI
Menjadikan Pentadbiran Daerah dan Tanah Cekap, Berintegriti, dan Berinspirasi kea rah merealisasikan aspirasi Penang2030
MISI
Memperkasakan Perkhidmatan Telus, Efektif, Dinamik dan Berkualiti berteraskan Tadbir Urus yang Cekap serta berlandaskan Dasar Kerajaan Demi Kemaslahatan Rakyat Seberang Perai Utara
MOTTO
Iltizam ke Arah Kecemerlangan