Mengurusakan lain-lain Kutipan Hasil Tanah - Premium, Pelan, Permit, Deposit dan lain-lain.
Waktu Operasi Kaunter
Isnin – Jumaat 7.30 pagi – 4.30 petang
Tutup : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
Sedang Dikemaskini
(Klik pada ikon pdf untuk download )
BIL.
TAJUK
MUAT TURUN
1
Panduan Pembayaran Cukai Tanah Atas Talian Melalui eTanah ATAU eBayar
2
Manual Pengguna Pembayaran Cukai Tanah Melalui Portal eTanah
Berikut adalah maklumat- maklumat am yang terdapat pada Bahagian Hasil di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang:
Bayaran cukai tanah dikenakan hanya satu (1) kali setiap tahun .
Sila bawa bil cukai tanah semasa (jika ada), ataupun salinan suratan hakmilik serta butir-butir mengenai harta anda (mukim, bentuk hakmilik, no. hakmilik dan no. lot tanah berkenaan) serta wang bayaran yang secukupnya.
Pemilik-pemilik tanah adalah diingatkan supaya tidak membayar cukai tanah kepada sesiapa pun selain daripada mereka yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan untuk mengutip bayaran cukai tanah.
Bagi pemilik tanah yang memerlukan resit bayaran cukai bagi tujuan urusniaga adalah dinasihatkan untuk membayar secara tunai / bank draf / wang pos / kiriman wang sahaja. Ini kerana pembayaran dengan cek persendirian / cek syarikat hanya akan diakui sah apabila cek telah dijelaskan oleh bank pembayar melalui laporan Jabatan Akauntan Negara.
Pembayar cukai hendaklah memastikan resit dikeluarkan selepas bayaran dibuat. Resit bayaran tersebut hendaklah disimpan untuk rujukan bagi urusan berkaitan. Sebarang kehilangan resit bayaran, pemilik boleh mendapatkan salinan sah resit cukai tanah tersebut dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
Pengenaan denda lewat akan dikenakan jika pembayaran dibuat selepas 31 Mei .