Image
Image
visitmalaysia
faq

Soalan Lazim

phone

Hubungi Kami

maklum balas

Maklum Balas

map

Peta Laman

Perutusan Pegawai Daerah

Image

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara.

Sebagai sebuah jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, antara tugas utama Pejabat Daerah dan Tanah adalah untuk membantu agensi-agensi kerajaan, NGO serta orang perseorangan yang berurusan sepenuhnya dengan pentadbiran ini.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudahcara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru, laman web ini telah direkabentuk sebagai satu medium utama bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat penting yang telah dan akan dilaksanakan oleh Pentadbiran ini. Dengan pewujudan laman web ini, ianya dapat dikongsi bersama demi kepentingan masyarakat yang lebih bermaklumat dan berpengetahuan mengenai perkembangan semasa khasnya dalam pentadbiran ini.

Selaras dengan itu dan juga dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan oleh jabatan-jabatan kerajaan, beberapa kemudahan maklumat telah disediakan oleh pentadbiran ini melalui laman web http://portalpdt.penang.gov.my

Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua secara berterusan serta mengemaskini maklumat supaya sentiasa terkini. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas melalui ruang yang telah disediakan.

Sekian, wassalam.

" KE ARAH DAERAH YANG MAJU, MENARIK DAN HARMONI "

MOHD HAFIZ ASWAD BIN NADZRI
Pegawai Daerah
Seberang Perai Utara

Image

Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

PDTTL

PDTBD

PDTSPT


PDTSPU

PDTSPS

Image
Image
Capaian Pelawat :
This Month: 105
Total: 28,086
Dikemaskini pada :
02 July 2026.