Bagi Merialisasikan Visi Dan Misi Yang Ditetapkan Maka Semua Warga Kerja PDTTL Berjanji Untuk Bekerjasama Dan Komited Bagi Mencapai Objektif Berikut :
Merancang, Menyelaras dan Melaksanakan Semua Dasar, Program dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Diperingkat Daerah Dibawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rancangan Tahunan Negeri Dengan Kerjasama Semua Jabatan/ Agensi Bagi Memastikan Pembangunan Yang Seimbang dan Sempurna.
Merancang, Menyelaras dan Melaksanakan Semua Dasar, Program dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Diperingkat Daerah Bagi Projek Luar Bandar Dengan Kerjasama Semua Jabatan/ Agensi Bagi Memastikan Peningkatakan Taraf Serta Kualiti Hidup.
Membangun dan Mewujudkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Tanah Yang Cekap dan Berkesan Kearah Kemajuan, Kemakmuran dan Keharmonian Rakyat Selaras Dengan Matlamat dan Dasar Pembangunan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Mewujudkan Kepimpinan Peringkat Daerah Yang Berkesan Bagi Menjamin keadaan Pentadbiran, Pembangunan, Keselamatan dan Kemasyarakatan Yang Terus Stabil Serta Makmur.