Bermaksud di sebalik pulau atau di belakang Pulau Pinang yang dipisahkan dari banjaran bukit bukau yang berhutan rimba merentang di bahagian tengah Pulau Pinang.
Peperangan Kedah dan Siam menyebabkan berlakunya gelombang penghijrahan keluar penduduk utara Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan Siam Pulau Pinang secara besar-besaran sehingga pada tahun 1851.
Kumpulan imigran ini termasuklah dari Acheh (pemerintahan Belanda) menggunakan jalan laut untuk menyusuri kawasan pantai Balik Pulau di mana kawasan ini belum lagi mempunyai penghuni.
Kaum Melayu adalah kaum terawal meneroka Balik Pulau dan Daerah Barat Daya. Kawasan penempatan awal ialah Kampung Kongsi, Permatang Pasir, Kampung Terang, Kampung Perlis dan Pantai Acheh
Destinasi Menarik
ESCAPE THEME PARK
Kawasan rekreasi taman air dan aktiviti lasak.
828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.