1. Penubuhan Awal di Batu Gantung
(Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20)
Sejarah awal Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut bermula di kawasan tapak Mahkamah Rendah Syariah yang pertama, yang terletak di Batu Gantung, Pulau Pinang. Pada peringkat awal, pejabat ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran tempatan bagi kawasan Timur Laut, dengan peranan utama dalam urusan pentadbiran tanah dan hal ehwal daerah serta sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran British pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
2. Pemindahan ke Bangunan Tuanku Syed Putra ( 1963 )
Pada tahun 1963, Pejabat Daerah Timur Laut telah berpindah ke Bangunan Tuanku Syed Putra di Lebuh Downing, bersebelahan beberapa bangunan pentadbiran kolonial penting lain di pusat bandar George Town. Lokasi ini memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran utama bagi daerah.
3. Perpindahan ke KOMTAR ( 1983 )
Seiring perkembangan Pulau Pinang dan pembinaan kompleks KOMTAR sebagai pusat pentadbiran negeri pada tahun 1970-an, Pejabat Daerah Timur Laut berpindah ke Tingkat 11, Bangunan KOMTAR dan kemudian berpindah ke Tingkat 50 dan 51 yang merupakan pusat pentadbiran utama negeri Pulau Pinang. sehingga kini.