Perhatian kepada semua bakal mahasiswa! Permohonan atas talian untuk Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) kini dibuka bermula 1 Julai 2026 sehingga 30 September 2026.

Adakah anda layak? Semak info di bawah:

  • Siapa yang layak: Pelajar kemasukan baharu peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda.

  • Syarat Utama: Anda menerima surat tawaran ke IPT bertarikh antara November 2025 hingga September 2026.

  • Cara Memohon: Terus ke pautan rasmi 👉 https://ibita.penang.gov.my/

💡 TIPS PENTING: Sila semak tarikh pada surat tawaran IPT anda terlebih dahulu sebelum mula mengisi borang.

Sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk ruangan Soalan Lazim (FAQ) di pautan web di atas. Jom mohon sekarang! (Tertakluk kepada syarat & peraturan).