TEMPAHAN DEWAN SERBAGUNA BATU MAUNG
PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA
Ruang :
- Dewan
- Gelanggang Badminton
- Bilik Mesyuarat
- Surau
- Tandas
Kemudahan :
- Pentas
- Lantai : Gerflor (Sports Flooring)
- Ruang berpendingin hawa (AC).
- Sistem Audio (P.A. System & Mikrofon).
- Lampu
Alamat : Dewan Serbaguna Batu Maung, Daerah Barat Daya, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang.
Tempahan Gelanggang Badminton
Kadar Sewaan: RM 15.00 / Jam / Gelanggang
Waktu Operasi: 9.00 Pagi – 9.00 Malam
Spesifikasi:
- 3 Unit Gelanggang (Lantai Gerflor Sports Flooring).
- Tiang boleh alih (weighted) & Jaring disediakan.
- Lampu (semasa permainan) & Kawasan penonton ringkas.
Tempahan Program / Ceramah / Taklimat
Kadar Sewaan: RM 360.00 / Sesi
Pilihan Sesi:
Sesi 1: 9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Sesi 2: 2.00 Petang – 7.00 Malam
Kemudahan Disediakan:
- Ruang berpendingin hawa (AC).
- Sistem Audio (P.A. System & Mikrofon).
- Lantai Gerflor (Sports Flooring) & Lampu (jika perlu).
- Akses berdekatan ke Tandas dan Surau.
Tempahan Program Rasmi Kerajaan
Kadar Sewaan: RM 300.00 / Sesi
Pilihan Sesi:
Sesi 1: 9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Sesi 2: 2.00 Petang – 7.00 Malam
Kemudahan Disediakan:
- Ruang berpendingin hawa (AC).
- Sistem Audio (P.A. System & Mikrofon).
- Lantai Gerflor (Sports Flooring) & Lampu (jika perlu).
- Akses berdekatan ke Tandas dan Surau.
Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas permohonan dihantar di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya.
Kegagalan anda untuk membuat bayaran dalam tempoh tersebut akan menyebabkan permohonan anda DITOLAK.
- Tempahan Gelanggang: Pengguna boleh menentukan bilangan gelanggang pada ruangan ‘Jumlah Gelanggang’, tertakluk kepada ketersediaan maksimum sebanyak 3 unit sahaja.
- Bagi tempahan Program/Ceramah/Taklimat, dan Program Rasmi Kerajaan, sila abaikan ruangan ‘Jumlah Gelanggang’.
- Tempahan untuk majlis kenduri kahwin masih BELUM DIBUKA kepada orang awam buat masa ini.