BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
- Mengurus Perkara Berkaitan Kewangan, Personel Dan Pentadbiran Pejabat Bagi Melicinkan Perlaksanaan Tugas Semua Bahagian Dan Anggota Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
- Merancang, Mengurus Dan Melaksanakan Projek-Projek Kecil Yang Tidak Melebihi RM200,000.00 Bagi Daerah Seberang Perai Selatan Yang Diluluskan Oleh Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Untuk Meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat Dengan Cekap Dan Berkesan.
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
- Menguruskan Semua Permohonan Tanah Yang Diterima Daripada Orang Awam Dan Agensi Kerajaan Dan Memungut Cukai Tanah Berdasarkan Peraturan Dan Undang-Undang Berkaitan Serta Merancang, Mentadbir Dan Menguatkuasakan Hal-Hal Berkaitan Tanah Di Daerah Seberang Perai Selatan.
BAHAGIAN PERUNDANGAN
- Memberi perkhidmatan dan nasihat perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap dan efisien.