logo penang2030
A- A A+
Lambang PPinang 1     kk     

 FAQPng    PHONE     FEEDBACK    splwpk-sitemap

 

Portal Rasmi Pejabat-Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Pulau Pinang

 

                                                                               

                                                                                                                                                                                                                                                   
      
 

      

 

Destinasi Menarik PDTSPS


  • Pulau Aman 1
  • Pulau Aman 2
  • Pulau Aman 3
  • Pulau Aman 4
  • Pulau Aman 5
    1. Pulau Aman 

    Pulau Aman Merupakan Salah Satu Lokasi Pelancongan Yang Terkenal Di Daerah Seberang Perai Selatan Untuk Anda Yang Berminat Untuk Ke Pulau Aman, Anda Hanya Perlu Menaiki Bot Penambang Di Jeti Bukit Tambun. Bagi Anda Yang Menaiki Kenderaan Sendiri Yang Datang Dari Utara Atau Selatan Melalui Lebuhraya Plus Anda Boleh Keluar Di Laluan Keluar Bukit Tambun. Dengan Keluasan Pulau Aman - 180 Ekar Dan Pulau Gedong - 108 Ekar Anda Dapat Menikmati Suasana Alam Semula Jadi Yang Begitu Menarik Sekali. Berjumlah Penduduk - 258 Orang ( 54 Keluarga). Pelbagai Kemudahan Telah Disediakan Untuk Keselesaan Penduduk Setempat Dan Kunjungan Pelancong - Pelancong Yang Ingin Bermalam Di Sini. Bagi Anda Yang Ingin Bermalam Pihak Unit Nelayan Pulau Aman Telah pun Menyediakan Chalet - Chalet Dengan Kadar Harga Yang Berpatutan. Pelbagai Aktiviti Disediakan Seperti Berkayak, Abseiling, Bot Mengelilingi Pulau, Bot Memancing, Sewa Bilik Mesyuarat / Dewan, Pusat Mengelilingi Pulau, Dan "Jungle Tracking". Dari Segi Kemudahan Asas Pihak Kerajaan Telah Menyediakan Kemudahan Klinik Kesihatan, Masjid, Sekolah, Tandas Awam Serta Restoran Makanan Laut. Di Sini Juga Tidak Kurang Juga Tempat - Tempat Bersejarah Yang Harus Anda Lawati Seperti Telaga Emas, Gedung Peluru, Gua Perompak Dan Makam Purba. Bagi Pengemar Aktiviti Memancing Pulau Aman Adalah Lokasi Menarik Untuk Aktiviti Ini.


    • Hutan Lipur Bukit Panchor 1
    • Hutan Lipur Bukit Panchor 2
    • Hutan Lipur Bukit Panchor 3
    • Hutan Lipur Bukit Panchor 4
    • Hutan Lipur Bukit Panchor 5
      2. Hutan Lipur Bukit Panchor

      Hutan Lipur Bukit Panchor terletak di Hutan Simpan Bukit Panchor yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung melakukan aktiviti di sini. Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti untuk berehat, berkelah dan berkhemah.Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mengikut denai , melihat kepelbagaian spesies burung dan kelawar di Gua Kelawar di kawasan ini. Hutan lipur ini juga sesuai menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan. Terletak 10 km dari Nibung Tebal, 50 km dari Bandaraya Pulau Pinang. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Nibong Tebal.

      Aktiviti/Kemudahan:
      Padang Bermain
      Taman Keluarga
      Teleskope
      Taman Burung


      • kelip2 2
      • kelip2 3
      • kelip2 4
      • kelip2 5
      • kelip2 1
        3. Melihat pemandangan matahari terbenam dan Kelip-kelip  di Nibong Tebal.

        Menyaksikan satu daripada banyak keajaiban alam semula jadi melihat pemandangan matahari terbenam yang romantis dalam menuju pelayaran ke arah muara Sungai Kerian, Nibong Tebal. Pada ketika itu juga, bermulalah kerlipan romantis sang keli-kelip sebagai kelip - kelip cahaya Sungai Kerian dalam simfoni lampu yang indah, kerana mereka cuba untuk menarik pasangan masing-masing.

        Anda akan kagum dengan dengan kerlipan perlahan-lahan secara serentak cahaya yang berlegar atas pokok bakau yang di sepanjang tebing sungai. Spesies tertentu pokok bakau yang menarik kelip-kelip ialah Berembang (pokok Berembang).

        Keindahan alam semula jadi, yang mana di sini memperlihatkan dirinya dalam koloni kelipan kelip - kelip di sepanjang Sungai Kerian, ini adalah warisan semulajadi Pulau Pinang yang amat bernilai dan perlu dipelihara.

        Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Resolusi Minima 1440x900
        Hak Cipta Terpelihara © 2020 PDT Negeri Pulau Pinang
        *Dasar Privasi & Keselamatan
        * Penafian

        * Bantuan Pengguna 


        Bulan Ini 4179

        Capaian Pelawat Keseluruhan 239925


        • Kemas Kini Terakhir :26 November 2024.