Bukit Langkap adalah tempat rekreasi di atas bukit dan meditasi di Mengkuang, Bukit Mertajam. Melalui pemandangan bukit ini, kita dapat melihat bangunan tinggi yang terletak di George Town. Bukit Langkap adalah tempat rekreasi di puncak bukit persendirian berhampiran Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam. Walaupun tempat ini adalah milik peribadi, ia terbuka kepada orang ramai untuk menikmati kemudahan dan fasiliti yang ditawarkan. Fasiliti dan kemudahan ini merangkumi platform pemerhati, ruang membaca, bilik persidangan, bilik mandi, chalet dan kebun durian. Dari atas bukit, pengunjung dapat menikmati pemandangan Empangan Mengkuang, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Kampung Mengkuang, Sungai Lembu dan Bukit Mertajam yang menakjubkan. Bukit ini memberikan pemandangan alam dan sawah padi yang indah dan mempesona di Permatang Pauh dan melihat matahari terbenam. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini termasuk berkhemah, berbasikal gunung, berkelah, mendaki dan menikmati buah-buahan tempatan. Tempat percutian luar bandar ini masih belum diketahui oleh banyak penduduk bandar. Bukit Langkap menawarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, buah pala, mangga dan manggis yang ditanam di bukit ini.