TAMAN REKREASI UPCYCLE PARK BANDAR PERDA
Hasil kreativiti kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), sebuah taman berkonsepkan upcycle (menggunakan barangan terbuang) pertama di Malaysia berjaya direalisasikan bersebelahan Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini. Menariknya, segala projek ini dibuat tanpa kos dan percuma kerana menggunakan bahan kitar semula
Antara komponen yang disediakan di taman tersebut termasuk laluan pejalan kaki didekorasi sejauh 400 meter, plaza/dataran kejat menggunakan interlocking pavers, bangku diperbuat daripada tayar, batang kayu serta kayu pallet dan mini jeti yang diperbuat daripada batang pokok.
Komponen lain adalah termasuk alat permainan rosak dijadikan barangan hiasan pokok bunga, arca daripada botol plastik, angklung buluh, pusat informasi daripada telefon awam terpakai dan kemudahan mengutip sampah menggunakan basikal terapung.
Taman rekreasi yang dinamakan Upcycle mempunyai keunikan yang dibina daripada idea, tenaga, dan titisan peluh pekerja MPSP tanpa menggunakan perbelanjaan kecuali kos marginal kecil untuk cat, batu dan simen.
Lokasi: Bersebelahan MBSP, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Penang