Empangan Mengkuang merupakan empangan air terbesar di Negeri Pulau Pinang dan telah di buka pada tahun 1985. Empangan ini terletak di Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam dan lebih kurang 28 km dari Butterworth. Empangan tersebut mempunyai keluasan 3.9km persegi dan menampung jumlah takungan air sebanyak 23.6 billion liter pada masa kini.
Bagi pelancong yang sukakan ketenangan, empangan mengkuang adalah satu tempat destinasi menarik yang perlu anda kunjungi. Anda juga akan dapat menikmati keindahan alam yang begitu memukau. Kehijauan pokok-pokok disamping dikelilingi oleh air dari empangan semestinya dapat menenangkan fikiran.
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung seperti tempat letak kereta, trek joging dan laluan bagi pejalan kaki yang ingin melihat keindahan alam semula jadi di sekeliling empangan tersebut. Para pengunjung juga boleh menikmati keindahan dari atas bukit. Empangan Mengkuang adalah satu tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran dari kesibukan kerja disamping dapat melakukan aktiviti riadah dan pelbagai aktiviti senggang yang lain bersama-sama keluarga tercinta.
|