Perutusan Pegawai SPT
Perutusan Pegawai Daerah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan ucapan kesyukuran kehadrat Ilahi, saya mengalu alukan para pelanggan sekelian ke laman web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah. Laman web yang direkabentuk dengan struktur yang informatif memudahkan para pelanggan dan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi pejabat ini. Selaras dengan acuan sektor awam yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian, laman web ini akan dipertingkatkan dan ditambahbaik secara berterusan bagi menjamin kemudahan yang berkualiti disediakan kepada para pelanggan. Kemudahan yang disediakan melalui kemajuan teknologi ICT ini diharap dapat meningkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan serta usaha merakyatkan Pentadbiran Daerah Seberang Perai Tengah.
Sekian, selamat melayari laman web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah.
Terima Kasih.
Tuan Kamarul Haizal Bin Koderat
Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah