BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
- Mengurus perkara berkaitan kewangan, personel dan pentadbiran pejabat bagi melicinkan perlaksanaan tugas semua bahagian dan anggota Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
- Merancang, mengurus dan melaksanakan projek-projek kecil yang tidak melebihi RM200,000.00 bagi Daerah Timur Laut yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan cekap dan berkesan.
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
- Menguruskan semua permohonan tanah yang diterima daripada orang awam dan agensi kerajaan dan memungut cukai tanah berdasarkan peraturan dan undang-undang berkaitan serta merancang, mentadbir dan menguatkuasakan hal-hal berkaitan tanah di Daerah Timur Laut.
BAHAGIAN PERUNDANGAN
- Memberi perkhidmatan dan nasihat perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap dan efisien.