logo penang2030
A- A A+
Lambang PPinang 1     kk     

 FAQPng    PHONE     FEEDBACK    splwpk-sitemap

 

Portal Rasmi Pejabat-Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Pulau Pinang

 

                                                                               

                                                                                                                                                                                                                                                   
      
 

      

 

Destinasi Menarik DTL

KERETAPI BUKIT BENDERA RESIZE fORT CONWALLIS RESIZE Little Children On A Bicycle Mural Georgetown Street ArtRESIZE Clan Jetties 4 RESIZE

                              Rumah KelahiranRESIZE batu ferringhi beach penang RESIZE PenangHill RESIZE

 
1. PADANG KOTA LAMA   
 

Padang Kota Lama Merupakan Lokasi Yang Popular Dikalangan Pelancong Yang Berkunjung Ke Pulau Pinang. Disini Terletaknya Tapak Bersejarah Fort Cornwallis, Penang City Hall & Penang Town Hall. Pengunjung Boleh Bersantai Bersama Keluarga Sambil Menghirup Udara Laut Yang Nyaman Serta Menjamu Selera.

  googlemapsRESIZELOKASI
2. JEJAK WARISAN PULAU PINANG 
  Telah Mendapat Pengiktirafan Dari UNESCO Merangkumi Kawasan Seperti Pengkalan Weld, Lebuh Pantai, Lebuh Light, Jalan Kapitan Keling Serta Jalan-Jalan Lain Sekitarnya. Banyak Bangunan Bersejarah Termasuk Rumah Kedai Dan Teres, Gereja, Masjid, Banglo, Villa, Pejabat Kerajaan Serta Monumen. 
   googlemapsRESIZELOKASI
3. CLAN JETTIES 
  Perkampungan Tradisional Atas Air Di Sepanjang Jalan Pengkalan Weld. Antara Jeti Yang Ada Disini Adalah Chew Jetty, Tan Jetty, Lee Jetty, New Jetty, Yeoh Jetty Dan Lim Jetty. Rasai Sendiri Pengalaman Menyusuri Kawasan Kampung Yang Unik Ini.                    
   googlemapsRESIZELOKASI
4. BUKIT BENDERA 
  Keretapi Funikular Yang Popular Serta Destinasi Pelancongan Yang Perlu Dikunjungi. Nikmati Panorama Indah Dan Suhu Yang Dingin Ketika Berada Dilokasi Pada Ketinggian 821m Dari Paras Laut Ini.
   googlemapsRESIZELOKASI
5. BATU FERINGGHI 
  Pantai Peranginan Yang Terkenal Di Negeri Pulau Pinang. Merupakan Tempat Tumpuan Utama Pelancong Dari Dalam Dan Luar Negara. Pelbagai Aktiviti Ditawarkan Di Sini Serta Banyak Pilihan Tempat Penginapan Tepi Pantai Dan Restoran-Restoran Yang Menghidangkan Makanan Popular Pulau Pinang.
   googlemapsRESIZELOKASI
6. RUMAH KELAHIRAN P.RAMLEE  
  Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai     Caunterhall Road) bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.   
   googlemapsRESIZELOKASI
7. TAMAN BOTANI
  Destinasi Ikonik Di Negeri Pulau Pinang. Pohon- Pohon Yang Menghijau Serta Warisan Semulajadi Yang Lain Telah  Menjadikan Taman Ini Sebagai Satu-Satunya Taman Botani Yang Unik Di Malaysia.
   googlemapsRESIZELOKASI
8. MASJID NEGERI PULAU PINANG 
  Masjid Negeri Pulau Pinang telah diilhamkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia Pertama) pada awal tahun 1968 Dan Siap DiBina Pada Tahun 1980. Merupakan Bangunan Yang Bersejarah Di Negeri Pulau Pinang Dan Tempat Bagi Melaksanakan Ibadah Serta Pusat Penyebaran Ilmu Agama Bagi Umat Islam Khususnya.
   googlemapsRESIZELOKASI
9. MASJID KAPITAN KELING 
  Masjid Yang Dibina Pada Tahun 1801 Dengan Ciri Binaan 'Moorish' Itu Menjadi Antara Bukti Kehadiran Ramai Pedagang, Peniaga Dan Pekerja Beragama Islam Dari Seluruh Dunia Ke Pulau Pinang Selepas Francis Light Mendarat Di Tanjung Penaga.
   googlemapsRESIZELOKASI
10 KEK LOK SI 
  Kuil Buddha Terbesar Di Malaysia Serta Antara Yang Terkenal Di Asia Tenggara. Ia Dibina Pada Tahun 1890 Dan Telah Menjadi Tempat Tumpuan Pelancong Yang Datang Ke Pulau Pinang.
   googlemapsRESIZELOKASI

Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Resolusi Minima 1440x900
Hak Cipta Terpelihara © 2020 PDT Negeri Pulau Pinang
*Dasar Privasi & Keselamatan
* Penafian

* Bantuan Pengguna 


Bulan Ini 1047

Capaian Pelawat Keseluruhan 241657


  • Kemas Kini Terakhir :29 November 2024.