Piagam Pelanggan PDTSPU
BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH
|
1. |
Mendaftar permohonan urusniaga melibatkan Pindah Milik Tanah dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
2. |
Mendaftarkan semua permohonan urusniaga yang melibatkan Gadaian dan Melepaskan Gadaian serta bukan urusniaga yang melibatkan Kaveat, Menarik Balik Kaveat, Perintah Mahkamah, Perletakan Hak dan Perintah Pesaka dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh diterima. |
3. |
Mendaftarkan permohonan Hakmilik Sementara dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
4. |
Mendaftarkan permohonan Hakmilik kekal dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh penerimaan pelan tanah dari jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. |
5. |
Mendaftar Hak Milik Strata dalam tempoh seratus (100) hari dari tarikh penerimaan dan semakan permohonan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang berdasarkan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450]. |
6. |
Memproses permohonan Lelongan bagi mendapatkan tarikh siasatan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
7. |
Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan Tanah, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula, Penyerahan Keseluruhan Tanah, Penyerahan Sebahagian Tanah, Penyerahan Tanah dan Pemberimilikan Semula (Lanjut Tempoh Pajakan), Tukar Syarat dan Jenis Penggunaan Tanah, Mengeluarkan Warta Taliair Dari Kawasan Pengairan, Pemberimilikan Tanah, Permit Bahan batuan, Permit Ruang Udara, Kebenaran Mengguna Tanah Kerajaan, Permohonan Lesen Pendudukan Sementara, Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (Papan Iklan), Pengambilan Tanah dan Permohonan Enakmen Air 1967 dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
8. |
Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi Permohonan Rayuan Bagi Kes-Kes Yang Ditolak, Permohonan Rayuan Pengurangan Premium, Permohonan Rayuan Bayaran Secara Ansuran Permohonan Pembaharuan Lesen Pendudukan Sementara dan Permohonan Rayuan Lesen Pendudukan Sementara dalam tempoh tiga (3) bulan dan Permohonan Kerja Tanah dan Permohonan Pengesahan Status Tanah/Lot dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
9. |
Bil cukai tanah tahunan akan dihantar kepada pembayar cukai sebelum 31 Januari setiap tahun. |
10. |
Resit bayaran cukai tanah yang diterima melalui pos akan dihantar kepada pembayar cukai dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh terimaan. |
11. |
Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) permohonan rayuan pengurangan cukai tanah / denda lewat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
12. |
Mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi Tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 dan/atau 426A Akta 828 dalam tempoh 21 hari dari tarikh luput notis akhir. |