logo penang2030
A- A A+
Lambang PPinang 1     kk     

 FAQPng    PHONE     FEEDBACK    splwpk-sitemap

 

Portal Rasmi Pejabat-Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Pulau Pinang

PENANG 2030

Profil Korporat


Perutusan Pegawai Daerah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

 do meja crop1

Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara.

Sebagai sebuah jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, antara tugas utama Pejabat Daerah dan Tanah adalah untuk membantu agensi-agensi kerajaan, NGO serta orang perseorangan yang berurusan sepenuhnya dengan pentadbiran ini.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudahcara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai,  Justeru, laman web ini telah direkabentuk sebagai satu medium utama bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat penting yang telah dan akan dilaksanakan oleh Pentadbiran ini.   Dengan pewujudan lama web ini,  ianya dapat dikongsi bersama demi kepentingan masyarakat yang lebih bermaklumat dan berpengetahuan mengenai perkembangan semasa khasnya dalam pentadbiran ini.

Selaras dengan itu dan juga dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan oleh jabatan-jabatan kerajaan, beberapa kemudahan maklumat telah disediakan oleh pentadbiran ini melalui laman web http://spu.penang.gov.my. 

Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua secara berterusan serta mengemaskini maklumat supaya sentiasa terkini.  Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas melalui ruang yang telah disediakan.

Sekian,  wassalam

" KE ARAH DAERAH YANG MAJU, MENARIK DAN HARMONI "

[ ZULKIFLI BIN RASHID] 
Pegawai Daerah,
Seberang Perai Utara.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Daerah

Bil

Jenis Perkhidmatan

1 Memproses dan Menyelesaikan Semua Pembayaran Bil dan Tuntutan (Dokumen Lengkap) Tempoh 7 Hari Bekerja Daripada Tarikh Terimaan Bil dan Tuntutan.
2 Memberi Maklumbalas Terhadap Setiap Aduan dan Pertanyaan Tempoh 7 Hari Bekerja
3 Memastikan semua pegawai PDTSPT Mencapai 5 hari berkursus dalam setahun.
4 Memastikan Laman Web Rasmi PDTSPT Dikemaskini Setiap 2 Minggu.


Piagam Pelanggan Bahagian Pembangunan Daerah

Bil

Jenis Perkhidmatan

1 Menguruskan  dan Memprose Tuntutan Pembayaran Projek-projek Yang Telah Siap (Dokumen Tuntutan Lengkap) Dalam Tempoh 5 Hari
2 Memproses Pembayaran Program Waris Warga Emas dan Program Anak Emas Dalam Tempoh 60 Hari Dari Tarikh Pengesahan Dalam Sistem iSejahtera.
3 Memproses Penawaran Kerja Projek Pembangunan Fizikal ( Bernilai Kurang Daripada RM 200,000 ) Dalam Tempoh 7 Hari Dari Tarikh Surat Kuasa di keluarkan.

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran Tanah

Bil

Jenis Perkhidmatan

1 Memproses dan Mengemukakan  Permohonan Pembangunan Tanah ke Pejabat Tanah dan Galian Dalam Tempoh 120 Hari bekerja.
2 Memproses dan Mengemukakan  Permohonan Pelupusan Tanah ke Pejabat Tanah dan Galian Dalam Tempoh 120 Hari bekerja.
3 Memproses Penerimaan Bayaran Cukai Tanah dan Bukan Cukai Tanah Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja.
4 Mendaftarkan Suratcara Urusniaga dan Bukan Urusniaga ( Yang Lengkap ) Bagi Hakmilik Landed Melalui Sistem e-Tanah Dalam Tempoh 24 Jam.
5 Mendaftarkan Suratcara Urusniaga dan Bukan Urusniaga ( Yang Lengkap ) Bagi Hakmilik Strata Melalui Sistem e-Tanah Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.
6 Menyediakan Laporan Tanah Bagi Semua Jenis Permohonan Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.

Piagam Pelanggan Bahagian Undang-Undang

Bil

Jenis Perkhidmatan

1

Mengemukakan Kronologi, Laporan Kes dan Deraf Afidavit dan Pandangan Undang-Undang ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri / Mahkamah Tinggi Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja

2 Menyemak Deraf Notis, Perjanjian dan lain-lain dokumen undang-undang dalam tempoh 7 hari bekerja.
Pencapaian Piagam Pelanggan

Pencapaian Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Daerah

Bil Jenis Perkhidmatan Pencapaian
1 Pembayaran Bil / Tuntutan Dalam Tempoh 7 Hari  (Dokumen Lengkap) 100 %
2 Aduan Di Ambil Tindakan Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja 100 %
3 Laman Web Rasmi PDTSPT Dikemaskini 1 Minggu  Sekali 100 %
4 Bayaran Bencana Dikemukakan Dalam Tempoh 2 Hari Bekerja Setelah Menerima Dokumen Lengkap Daripada Bahagian Pembangunan 100 %
5 Permohonan Bantuan IPTA&IPTS Diproses Dalam Tempoh 14 Hari Dari Tarikh tutup Permohonan 100%

Pencapaian Piagam Pelanggan Bahagian Pembangunan

Bil   Jenis Perkhidmatan Pencapaian
1 Menguruskan Segala Tuntutan Pembayaran Projek-projek Yang Telah Siap (Dokumen Tuntutan Lengkap) Dalam Tempoh 5 Hari 100 %
2 Memproses Dan Mendaftar Permohonan Bantuan Wang Sumbangan Kerajaan Negeri Di Dalam Sistem i-Sejahtera (Dengan Syarat Pemohon Memenuhi Syarat Dan Dokumen Lengkap) Dalam Tempoh 3 Hari 100 %
3

Siasatan Dan Pemberian Bantuan Segera Tabung Bencana TYT Kes-Kes Kecemasan (Bencana) (Sekiranya Layak) Dalam Tempoh 1 Hari

100 %
4 Memproses Bayaran Alaun Bulanan MPKK selepas dokumen lengkap diterima 100%

Pencapaian Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran Tanah

Bil   Jenis Perkhidmatan Pencapaian
1 Memproses dan Mengemukakan Permohonan Pembangunan Tanah ke Pejabat Tanah dan Galian Dalam Tempoh 120 Hari Bekerja.  100 %
2 Memproses dan Mengemukakan Permohonan Pelupusan Tanah ke Pejabat Tanah dan Galian Dalam Tempoh 120 Hari Bekerja.  100 %
3 Memproses Penerimaan Bayaran Cukai Tanah dan Bukan Cukai Tanah Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja.  100 %
4 Mendaftarkan Suratcara Urusniaga dan Bukan Urusniaga ( Yang Lengkap ) Bagi Hakmilik Landed Melalui Sistem eTanah Dalam Tempoh 24 jam.  100 %
5 Mendaftarkan Suratcara Urusniaga dan Bukan Urusniaga ( Yang Lengkap ) Bagi Hakmilik Strata Melalui Sistem eTanah Dalam Tempoh 7 hari Bekerja.  100%
6 Menyediakan Laporan Tanah Bagi Semua Jenis Permohonan Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.  100%
Latar Belakang PDTSPU

Latar belakang Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Daerah Seberang Perai Utara (S.P.U) adalah salah satu daripada 5 daerah di Pulau Pinang. Ia adalah daerah terbesar sekali dengan keluasan 26588.04 hektar (262.53 km persegi) dan merupakan daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar.

Pusat Pentadbiran Daerah S.P.U. telah berpindah dari Bandar Butterworth ke Pusat Pentadbiran Daerah di Bertam, Kepala Batas mulai 7 Oktober 1996. Pusat Pertadbiran Baru bagi Daerah Seberang Perai Utara ini telah dan akan menempatkan juga Jabatan Kerajaan / Agensi Negeri dan Pusat serta NGO seperti Jabatan Kerja Raya, Kompleks Sukan MPSP, Hospital Daerah, Bangunan Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Daerah, PBA, Jabatan Bomba, Pusat Budi Penyayang dan lain lain.

Terdapat sejumlah 220 buah kampung yang terletak di dalam 15 mukim serta empat (4) pecahan bandar. Kesemua kampung diselenggarakan melalui 34 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan keahlian seramai 647 orang melainkan kawasan bandar menerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga dan lain lain. Parlimen Kepala Batas sendiri merangkumi 8 mukim dengan jumlah penduduk seramai 84,915 orang.

Jumlah penduduk daerah S.P.U. adalah seramai 259,823 mengikut bancian tahun 2000.  Pembahagian penduduk mengikut keturunan adalah seperti berikut:

KETURUNAN

JUMLAH

Melayu

149,363

Bumiputera Lain

470

Cina

81, 403

India

23,095

Lain-lain

595

Bukan Warganegara

4897

JUMLAH

259,823

Pentadbiran politik terbahagi kepada tiga (3) kawasan Parlimen dengan sembilan (9) kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) seperti berikut:

KAWASAN PARLIMEN

KADUN

 

Kepala Batas (P.041)

Penaga

(N1)

 

Bertam

(N2)

 

Pinang Tunggal

(N3)

Tasek Gelugor (P.042)

Teluk Air Tawar

(N4)

 

Sungai Dua

(N5)

 

Pmtg. Berangan

(N6)

Bagan (P.040)

Bagan Jermal

(N7)

 

Sungai Puyu

(N8)

 

Bagan Dalam

(N9)

Pada dasarnya pertanian merupakan punca guna tanah utama bagi daerah S.P.U. Ini terbukti dengan 69.88% (18,580 hektar persegi) kawasan diusahakan untuk pertanian. Aktiviti pertanian utama adalah seperti berikut:

JENIS PERTANIAN

PERATUS

Padi

40.03

Getah

16.92

Kelapa

3.08

Kelapa Sawit

19.50

Koko

2.64

Sayur-sayuran

1.51

Lain lain tanaman

16.32

Dari segi lokasi, kedudukan S.P.U. sangat strategik bersempadankan kawasan pembangunan Sungai Petani, Tikam Batu, dan Kulim di Kedah.   Dalam pada itu, Butterworth bandar utama daerah ini merupakan Pusat Pertumbuhan Antarabangsa Segitiga (IMTGT) yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand. Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Dua kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan dan Butterworth - Kulim Expresway (BKE) menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.
Pada dasarnya kemudahan air dan elektrik daerah SPU telah mencapai tahap 95% dengan sebilangan kecil kawasan sahaja masih belum dibekalkan dengan bekalan air kerana masalah pemilikan tanah.  Kemudahan Jalanraya adalah memuaskan di mana kawasan- kawasan perkampungan telah dihubungi melalui rangkaian jalan minitar di bawah program Projek Jalan Kampung.
Terdapat juga kemudahan institusi latihan di daerah ini seperti Pusat Produktiviti Negara (NPC) Bertam, Kepala Batas, Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Butterworth, Pusat Latihan Bumbung Lima, Pusat Penyelidikan Pertanian (MARDI) Paya Keladi, Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta lain lain institusi latihan Kerajaan dan Swasta.
Berikut merupakan kemudahan awam yang telah disediakan di daerah Seberang Perai Utara  bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat di daerah ini.

BIL

KEMUDAHAN AWAM

JUMLAH

1

Masjid

68

2

Surau

117

3

Tokong Cina

28

4

Kuil/Hindu

14

5

Gereja/ Wad Siam

5

6

Balai Polis

5

7

Balai Bomba

5

8

Pejabat Pos

7

9

Perpustakaan Awam/Desa

4

10

Sekolah Menengah

18

11

Sekolah Rendah

33

12

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

17

13

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

5

14

Pusat Kesihatan

27

15

Telefon Awam

225

16

Tadika

50

17

Institut Latihan Perindustrian

1

18

Pusat Matrikulasi Pulau Pinang

1

19

Kolej Komuniti

1

Visi / Misi

MOTO

Ke Arah Daerah Yang Maju, Menarik dan Harmoni

VISI

Ke Arah Pentadbiran Yang Ungul dan Penggerak Utama Pembangunan Daerah

MISI

  • Pelanggan Adalah Tetamu
  • Di Hadapan Selalu
  • Terancang Dan Menepati Matlamat
  • Pengurusan Kewangan Yang Berhemah
  • Perkhidmatan Beretika dan Perhubungan Yang Harmoni
Pencapaian

2012

1.

Juara   Sukan PETANDA Peringkat Negeri 2012

2.

Persijilan   Kedua 5s,PDTSPU pada 18 Disember 2012

2011

3.

Persijilan   Pertama 5s,PDTSPU pada 30 Disember 2011

2008

4.

Mendapat   tempat Kedua dalam Anugerah Kualiti "Laman Web Terbaik ", Negeri   Pulau Pinang Tahun 2008

5.

Mendapat   tempat Kedua dalam Anugerah Kualiti "Pengurusan Kaunter", Negeri   Pulau Pinang Tahun 2008

6.

Mendapat   tempat Pertama dalam "Anugerah Kualiti Kebersihan dan Keceriaan   Pejabat" , Negeri Pulau Pinang Tahun 2008

2006

7.

Mendapat   Tempat Ke 3 Dalam Pertandingan Kawat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 49.

8.

Mendapat   Tempat Ke 3 Dalam Pertandingan Kempen Bumi Hijau Peringkat Negeri Pulau   Pinang Dalam Kategori Agensi Kerajaan.

2005

9.

Mendapat   Tempat Ke 3 Dalam Pertandingan Hiasan Dan Lanskap Dan Pencahayaan Bagi   Kategori Bangunan Kerajaan Sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan 2005.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Nama            : Zulkifli Bin Rashid
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon : 04-5776500
No. Faks : 04-5758969

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:

a.  Membantu Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tugas - tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
b.  Menentukan keperluan keselamatan ICT;
c. 

Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti

penyediaan Dasar Keselamatan ICT SUK Penang serta pengurusan risiko dan pengauditan;

d.  Bertanggungjawab ke atas perkara - perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT SUK Penang

Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Resolusi Minima 1440x900
Hak Cipta Terpelihara © 2020 PDT Negeri Pulau Pinang
*Dasar Privasi & Keselamatan
* Penafian

* Bantuan Pengguna 


Bulan Ini 1231

Capaian Pelawat Keseluruhan 225716


  • Kemas Kini Terakhir :04 September 2024.