logo penang2030
A- A A+
Lambang PPinang 1     kk     

 FAQPng    PHONE     FEEDBACK    splwpk-sitemap

 

Portal Rasmi Pejabat-Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Pulau Pinang

Pembangunan Daerah SPT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH

◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊

1.

  Perakuan Cadangan Bekalan / Projek

- Membuat penilaian dan memproses cadangan bekalan / projek yang diterima dalam masa 5 hari bekerja

2.

 Pengeluaran Inden Kerja/Pesanan Kerajaan

- Inden Kerja / Pesanan Kerajaan akan dikeluarkan dalam masa 3 hari selepas Surat Setuju diterima.

3.

 Pengurusan Sebutharga

- Memproses sebutharga daripada penerimaan waran peruntukan sehingga pengeluaran surat tawaran kepada kontraktor yang berjaya dalam masa 40 hari  

   bekerja

4.

 Pengesahan Siap Kerja

- Mengesahkan bekalan / projek yang telah disiapkan dalam masa 5 hari selepas bekalan dibekalkan/ projek disiapkan.

Pentadbiran Tanah SPT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH

◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊

UNIT PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN TANAH

  1. Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi permohonan Pengambilan Tanah sehingga selesai pengambilan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  2. Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri(JKTN) bagi permohonan Pemberimilikan Tanah, Lesen, Pendudukan Sementara dan Ubah Garisan Sempadan Mukim dalam tempoh 20 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi permohonan Penyatuan Tanah dalam tempoh 18 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  4. Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi permohonan Serah dan Berimilik Semula (Seksyen 197 & Seksyen 76), permohonan mengeluarkan Warta Tanah Bukit, Permit Ruang Udara dalam tempoh 16 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi permohonan Tukar Syarat dan Pecah Bahagian dalam tempoh 14 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi permohonan Pecah Sempadan, Serah dan Berimilik Semula (Seksyen 204D), Permit Bahan Batuan, Warta Taliair, Enakmen Air, Kebenaran Mengguna Tanah Kerajaan dan Pinda Syarat Nyata dalam tempoh 12 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  7. Memproses dan mengemukakan kertas Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) bagi permohonan Batal Sekatan Kepentingan dalam tempoh 08 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  8. Memproses permohonan kebenaran mengguna Izin Lalu Utiliti dalam tempoh 06 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  9. Memproses dan mengulas permohonan Hak Lalu Lalang dalam tempoh 12 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  10. Memproses dan mengulas permohonan Serah Sebahagian Tanah dalam tempoh 08 Minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  11. Memproses dan mengulas permohonan Kerja Tanah dalam tempoh 07 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  12. Memproses dan mengulas permohonan ulasan Kebenaran Merancang, permohonan ulasan Pelan Bangunan, LPS Papan Iklan, LPS Jangka Pendek, permohonan Status Tanah dan permohonan Fail G dalam tempoh 06 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  13. Memproses dan mengulas permohonan Penyerahan Keseluruhan Tanah dalam tempoh 04 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  14. Memproses dan mengulas permohonan Perlingkupan Semula dalam tempoh 02 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

UNIT PENDAFTARAN

  1. Mendaftar semua permohonan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  2. Mendaftar urusniaga Pindah Milik dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Mendaftar permohonan Hakmilik Sementara dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan kiraan cukai oleh Unit Teknikal dan Penguatkuasaan.
  4. M             Mendaftar permohonan Hakmilik kekal dalam tempoh 1 bulan dari tarikh muat turun Pelan Akui dari JUPEM.
  5. Mendaftar permohonan Hakmilik Strata dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan Pelan Akui dari JUPEM
  6. Permohonan perintah jualan yang lengkap diterima diproses dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan untuk menetapkan tarikh siasatan.

UNIT PENGUATKUASAAN DAN TEKNIKAL

  1. Melaksanakan siasatan dan laporan bagi aduan, kes-kes pencerobohan dan perlanggaran syarat dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan dan lain-lain.
  1. Melaksanakan siasatan dan laporan bagi urusan tanah dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.
  2. Mengeluarkan notis pencerobohan, perlanggaran syarat dan lain-lain dalam tempoh 14 hari selepas laporan tanah diterima.
  3. Melaksanakan siasatanpelanggaran syarat, laporan dan mengeluarkan notis berkaitan dalam tempoh 26 minggu dari tarikh laporan tanah diterima
  1. Menyediakan kertas JKTN untuk tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 426A KTN 1965 dalam tempoh 12 minggu selepas tempoh di dalam notis tamat.

UNIT HASIL

  1. Bil cukai tanah tahunan akan dihantar kepada pembayar cukai sebelum 31 Jan setiap tahun
  2. Memproses & Kemukakan Kertas Pertimbangan Permohonan Pengurangan Cukai/ Denda Lewat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Mengeluarkan resit bayaran cukai tanah melalui pos pada hari yang sama atau hari bekerja berikutnya

Pengurusan Daerah SPT

BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH

◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊

 

1.

Urusan Bayaran Bil Tuntutan dan Pesanan Kerajaan

- Memastikan semua tuntutan pembayaran dibuat dalam tempoh 4 hari bekerja

2.

Permohonan Bantuan Yuran Pendaftaran Kemasukan  ke  IPT

- Memastikan permohonan diproses dalam tempoh 2 minggu dari tarikh tutup

3.

Permohonan Bantuan Tabung TYT

- Bayaran bencana dikemukakan dalam tempoh 2 hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap daripada Bahagian Pembangunan

4.

Permohonan Pemulangan Deposit

- Bayaran / Pemulangan  ke atas Deposit akan dibuat dalam tempoh  sepuluh (10) hari bekerja,  tertakluk kepada maklumat dan dokumen sokongan 

   yang lengkap.

5.

Pengurusan Aduan

- Memastikan semua maklumbalas awal aduan dihantar kepada pengadu dalam tempoh (3) hari bekerja.

 

Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Resolusi Minima 1440x900
Hak Cipta Terpelihara © 2020 PDT Negeri Pulau Pinang
*Dasar Privasi & Keselamatan
* Penafian

* Bantuan Pengguna 


Bulan Ini 2849

Capaian Pelawat Keseluruhan 204925


  • Kemas Kini Terakhir :09 May 2024.